Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Thursday, January 13, 2011

DOA UNTUK SEMUA....






Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
Ameen

BUAT SAHABAT








Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas,
Tidak akan beku walau di musim sejuk,
Tidak akan luruh di musim hujan,..
Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.
PERSAHABATAN Itu terbina atas ranting KEJUJURAN,
Bertunjangkan KASIH SAYANG,
lalu membuahkan KEMANISAN IKATAN,
Jika terpesong,….
Maka, patahlah rantingreputlah akar
Lalu rosaklah buah..

Wahai Sahabat..
Tika diri kelapangan atau dalam kekangan,
AL-ASR punya tafsiran yg tersirat,
Di saat kehausan kecemerlangan, AL-MU’MINUN
formula al-falah yg terhebat,
Bila jiwa dn hati diasak & disentak dgn kemenangan
musuh Allah, AS-SAF mengutuhkan iman di hati lantas
bersama di saf perjuangan…

Sahabat…Kita berjumpa kerana Takdir,
Kita berkawan kerana kasih,
Kita bersama kerana hati,
Kita berpisah kerana cita-cita,
Kita kekal kerana kuatnya ukhuwah,
Kita bergaduh kerana harga sebuah ikatan,
TAPI yang paling penting semuanya kerana ALLAH..
Bukan mudah untuk kita berkawan,
Bukan mudah untuk kita kekalkan,
Sekarang..
Semoga ALLAH kekalkan persahabatan ini …

saya dan kengkawan..(rakan-rakan kolej negeri)