Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Wednesday, February 16, 2011

KENAPA COUPLE TAPI TAK SAYANG!!!!

assalamualaikum..
kadang-kadang tefikir betapa bodohnya diri ini kerana mengejar cinta yang penuh dengan kepalsuan.
namun sbagai manusia biasa memang sudah fitrahnya ingin rasa disayangi dan menyanyangi.
dulu pernah si dia mengungkap rasa cinta dan sayang,
sidia tidak sanggup hidup berjauhan, aku segalanya bagi sidia.
sidia berjanji tidak akan pernah meninggalkan diriku
hendak sehidup semati katanya.
namun memang lelaki dilahirkan untuk mengutarakan kata-kata manis dan palsu,
dari luaran semuanya nampak baik dan sempurna.
mungkin ada yang terfikir dia adalah calon suami yang terbaik untuk memimpin aku menuju ke jalan allah,
namun hanya topeng semata-mata yang tidak kita lihat pada zahirnya.


ingat lagi saat dia memerlukan teman dan sokongan,
katanya hanya aku disisi memberi semangat dan kekuatan untuk hadapi hari-hari esok.
namun saat aku memerlukan sokongan dan semangat dia hilang,
aku terkapai-kapai mencari dahan kekuatan,
namun aku temui kekasih sejatiku,
kekasih yang sentiasa ada untuk aku disaat aku jatuh, disaat aku keseorangan, disaat aku duka,
ye..allah itu kekasihku..
aku mula sedar betapa aku alpa dalam mencari cinta duniawi...
banyak yang sidia telah menyakiti hatiku tapi aku tidak pernah mengambil kisah,
kerana mungkin ada sebab sidia melakukan semua itu,


aku cuba bangun,
untuk melupakan sidia,
cuba mencari jalan yang lurus menuju cinta illahi,
namun aku terjatuh kembali dalamm jurang cinta sidia,
yang menagih cinta dariku,
aku insan lemah,
tidak mampu berbuat apa-apa.
aku terima sidia dan aku pastikan agar dia berubah dan sama-sama mencari cinta illahi..
mulanya semua nya seperti yang ku inginkan..
namun semuanya hanya sementara,
apabila dia khabarkan kepadaku dia ada cinta lain,
cinta seorang wanita yang berjaya bertakhta dihatinya,
saat itu hanya allah sahaja yang tahu,
aku lepaskan buat sekian kalinya..aku redha..walaupun amat payah untuk aku melupakannya
dan pastinya aku tidak akan menoleh lagi..
aku memohon pada yang maha mengetahui agar diberi kekuatan dan temukan seseorang yang boleh memimpin aku kejalanNYA..


pernah aku menyuruh rakanku yang tidak sidia kenali menghantar mesej,
kenapa putus dengan kekasih,
katanya sidia "TIDAK SAYANG"...
"KENAPA COUPLE LAU X SAYANG"..begitulah soalan rakanku..
"SEBAB RASA SAYANG TU DAH HILANG"..begitulah jawapan sidia..
huh..hebatnya sayang dan cinta manusia...sayang bila suka..benci bila terluka..
memang aku benci dia..kerana dia melukai aku..
tapi aku tetap bersyukur kerana ALLAH telah buka mata dan pintu hatiku dia bukan lah untuk aku..
kepada sidia terima kasih banyak-banyak sebab buat macam nie..


sesungguhnya cinta ALLAH itu adalah cinta hakiki dan cinta abadi..carilah cinta ILLAHI..Semoga kalian temui..



No comments:

Post a Comment