Dimulakan dengan Bismillah

Dimulakan dengan Bismillah

Tuesday, August 4, 2015

~andai dia diciptakan untuk aku~

assalamualaikum...
lama dah tak berblog...mcm2 cerita nk kongsi..
citer nie sal  cinta n jodoh..
tibe2 terfikir nak wat topik nie,
mungkin sbb ramai sgt kwan2 yang duk invited majlis perkahwinan diorang..
alhamdulilah jodoh mereka awl...pape pn sy doakan mereka berbahagia dan diberkati allah slalu..amin
org kata kita x akan tahu sape jdoh kita..sama mcm sy...sy masih x thu apa itu cinta sebenarnya..
cinta tu bukan semudah mkn kacang...huhu
apa pun yang paling penting cinta allah adalah yang paling utama..
kalau cinta allah yang kita dahulukan..insyaallah allah akan hadirkan seseorang yang
mencintai dan menyayangi kita kerana Allah.
seronok nya bila allah jodohkan kita dengan seseorang yang sentiasa
mengingatkan kita dan mendekatkan kita kepada allah.
menyurukan kita amalkan sunnah2 rasullullah...ya allah indahnya..
tapi mampukah kita??
dalam potongan ayat ini juga ada menerangkan

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, pemimpin keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti..
Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..


No comments:

Post a Comment